SESEKALI lirikan mata Juli Ajis, 68, merenung tajam ke arah laut terbentang luas yang selama ini menjadi jambatan penghubung penduduk Kampung Telok Melano, Sematan, Sarawak ke pekan Sematan dan Kuching. Air matanya juga sedikit tumpah mengenang kesusahan hidup yang ditempuhi sejak lebih 50 tahun mendiami perkampungan kecil itu yang boleh dikatakan terletak di penghujung selatan Bumi Kenyalang. “Lautanlah jalan raya kami. Dari dulu memang guna bot untuk pergi ke pekan…










