Selepas menang berlumba-lumba semua naik - Najib - Utusan Malaysia

Selepas menang berlumba-lumba semua naik – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jan. – “Sebelum menang, semua tidak patut naik. Lepas menang, berlumba-lumba semua naik,” sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dalam kenyataan terbaharunya dalam akaun laman Facebook milik beliau, Najib menyelar kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang berkata kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat.

“Naik tak apa. Asalkan jangan nampak cukai dalam resit macam GST (cukai barang dan perkhidmatan). Mereka suka pada yang disembunyikan.

“PH (Pakatan Harapan) menang, rakyat senang. Naik harga tidak akan bebankan rakyat,” kata Najib.

Xavier hari ini mengumumkan kemungkinan kenaikan kadar tarif air secara berperingkat tahun ini berikutan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Namun, Xavier berkata, kenaikan itu tidak akan membebankan rakyat dan rundingan dengan semua kerajaan negeri akan diadakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN