Samurai Blue benam Iran - Utusan Malaysia

Samurai Blue benam Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL-AIN, UAE 29 Jan. – Selepas mempamer aksi tidak menentu di awal kejohanan, Jepun akhirnya menunjukkan taring sebenar apabila membenam Iran 3-0 untuk melangkah ke final Piala Asia, sebentar tadi.

Dua jaringan Yuya Osaka pada babak kedua, termasuk satu penalti yang menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) memastikan kemenangan sensasi Samurai Blue di Stadium Hazza bin Zayed.

Satu lagi jaringan Jepun disempurnakan oleh Genki Haraguchi pada waktu kecederaan.

Jepun yang memburu kejuaraan Asia kelima akan menentang pemenang di antara tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Qatar yang bakal berentap dalam satu lagi separuh akhir esok.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Abu Dhabi, Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×