Prosiding inkues Adib bermula 11 Februari - Utusan Malaysia

Prosiding inkues Adib bermula 11 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 18 Jan. – Prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terbunuh akibat rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, dekat sini ditetapkan bermula 11 Februari depan.

Koroner, Rofiah Mohamad menetapkan tiga fasa inkues iaitu bermula pada 11 hingga 28 Februari, 1,4,5 dan 19 hingga 29 Mac serta 1 hingga 12 April nanti.

Dalam prosiding tersebut juga, seramai 30 saksi akan dipanggil antaranya enam doktor Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta pakar forensik.

Saksi selebihnya pula terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, ahli keluarga serta pihak polis.

Mahkamah juga memerintahkan enam saksi termasuk pegawai penyiasat terbabit menyediakan penyataan saksi sebelum memberi keterangan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×