PPPMM gesa kerajaan halusi tender DLP - Utusan Malaysia

PPPMM gesa kerajaan halusi tender DLP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) menggesa kerajaan memperhalusi semula pemberian tender kepada syarikat penerbitan dan percetakan buku teks di semua sekolah negara ini.

Perkara itu ekoran kelewatan pengagihan buku teks Program Dwibahasa (DLP) Sains dan Matematik pelajar tingkatan tiga yang sepatutnya disiapkan pada Disember lalu.

Presidennya, Muhammad Farhan Bashier berkata, pihaknya difahamkan kelulusan khas diberikan kepada sebuah syarikat secara rundingan terus untuk melaksanakan proses percetakan dan penerbitan tersebut.

“Kementerian sepatutnya membuat tawaran secara tender terbuka bukannya secara rundingan terus bagi mengelakkan pemberian projek hanya kepada kroni agar tidak menjejaskan sistem pendidikan sedia ada.

“Sekiranya buku yang dicetak itu tidak menepati kualiti dan mengikut masa ditetapkan, syarikat tersebut sepatutnya dikenakan denda atau penalti tetapi perkara itu tidak dilaksanakan kementerian hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Muhammad Farhan memberitahu, pihaknya dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) akan mengadakan perbincangan untuk berjumpa dengan pihak kementerian bagi menyelesaikan isu terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×