ALOR SETAR 18 Jan. – Syarikat pengurusan pelaburan Islam milik Pelaburan Mara Bhd., PMB Investment Bhd. mengunjurkan jumlah pelaburan sehingga RM700 juta menjelang akhir tahun ini, berbanding RM400 juta yang dicapai tahun lalu. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, sasaran kenaikan sebanyak RM300 juta itu diletakkan pihaknya berdasarkan keyakinan pelabur terhadap 14 dana unit amanah patuh syariah yang ditawarkan PMB Investment. Menurutnya,…










