KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menulis surat kepada presiden Perancis dan perdana menteri Norway untuk membantah keputusan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang melarang penggunaan minyak sawit, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim. “Kami sedang mengusahakannya sekarang,” katanya kepada pemberita pada Reach and Remind, Friends of the Industry Seminar 2019 and Dialogue di sini hari ini. Beliau berkata, sebagai negara pengeluar minyak sawit, Malaysia…










