Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah dikeluarkan mulai 21 Sept

Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah dikeluarkan mulai 21 Sept.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim 1448H/2027M akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 21 September ini. 

 

Tabung Haji (TH) dalam kenyataan berkata, bakal haji diingatkan supaya memastikan simpanan di TH sekurang-kurangnya RM15,000 bagi melayakkan diri menerima surat tawaran haji, selain perlu lulus pemeriksaan kesihatan. 

 

TH juga akan mula menganjurkan Kursus Asas Haji di lebih 200 masjid di seluruh negara mulai 25 September 2026 bagi membantu bakal jemaah membuat persediaan ilmu sebelum menunaikan ibadah haji. 

 

“Bakal haji juga dinasihatkan supaya mengemas kini maklumat peribadi dan membuat semakan giliran melalui THiJARI atau cawangan TH terdekat seperti peringatan-peringatan awal yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya. 

 

Sebelum ini, TH memaklumkan bayaran haji kekal untuk empat tahun berturut-turut pada RM33,300 seorang bagi musim 1448H/2027M, meskipun berdepan tekanan inflasi dan kenaikan kos perkhidmatan

 

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, kemampuan TH mengekalkan kos haji, menyediakan bantuan kewangan haji dan pada masa sama meningkatkan kualiti perkhidmatan, turut disokong oleh kedudukan institusi yang semakin kukuh hasil pengurusan kewangan berdisiplin, pengurusan risiko yang dipertingkatkan dan penambahbaikan tadbir urus secara berterusan. 

 

“Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota rasmi jemaah haji Malaysia sebanyak 31,600 orang. 

 

“TH merakamkan penghargaan kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi atas kerjasama yang diberikan. Penetapan lebih awal memberi ruang kepada bakal jemaah membuat persediaan kewangan, kesihatan dan ilmu dengan lebih teratur. 

 

“Pada masa yang sama, ia menyokong usaha TH membudayakan konsep istito’ah supaya persediaan menunaikan haji bermula jauh lebih awal daripada tarikh menerima tawaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×