Proses keluarkan sisa tubuh mangsa helikopter masih berjalan - Polis 

Proses keluarkan sisa tubuh mangsa helikopter masih berjalan – Polis 

MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Proses mengeluarkan sisa tubuh mangsa yang terlibat di lokasi kejadian helikopter berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, masih dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya masih dalam proses mengeluarkan sisa tubuh mangsa yang rentung.

Menurut beliau, keadaan cuaca hujan turut memberi cabaran kepada pasukan penyelamat dalam menjalankan operasi di lokasi kejadian.

“Saya masih berada di lokasi, dalam proses mengeluarkan body (badan) yang rentung,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam usaha mengenal pasti cebisan yang dipercayai merupakan sisa tubuh manusia di lokasi kejadian helikopter.

Cebisan berkenaan dikumpulkan bagi tujuan proses pengenalpastian termasuk jika keperluan ujian sampel DNA oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta polis untuk tindakan selanjutnya, terutama berkaitan proses pengesahan DNA.

Pasukan seramai tujuh anggota Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan lapan anggota Unit Udara telah digerakkan dan berada di sana ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×