KUALA LUMPUR 17 Jan. – Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya mengakui berasa terkilan apabila masalah tunggakan gaji yang melibatkan pemain Perlis masih belum menemui kesudahannya. Rezal yang merupakan bekas pemain Negeri Sembilan berkata, PFAM sudah membuat pertemuan bersama Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan mereka berjanji akan menyelesaikan tunggakan serta mengadakan perbincangan dengan pemain secepat yang mungkin, namun, perkara tersebut tidak berlaku. “PFAM sangat kecewa dan terkilan…










