Peruntukan khas RM77 juta selesai diagihkan kepada peneroka - Utusan Malaysia

Peruntukan khas RM77 juta selesai diagihkan kepada peneroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Peruntukan khas sebanyak RM77 juta yang diluluskan Kerajaan Pusat kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah selesai diagihkan pada 14 Jan lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Felda berkata, peruntukan khas itu adalah bagi Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (BSHPH), bayaran tunggakan kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran khairat kematian kepada 120 waris peneroka.

“Seramai 30,799 peneroka telah menerima tuntutan BSHPH pada 31 Dis 2018 dan 4,644 peneroka pula menerima tuntutan pada 14 Jan 2019.

“Oleh itu, semua tuntutan BSHPH telah selesai diagihkan kepada peneroka dan bayaran ini hanya dibuat kepada peneroka yang terlibat bawah Program Tanam Semula,” katanya.

Ia tidak melibatkan 851 peneroka di Sungai Koyan yang tidak terbabit dengan Program Tanam Semula dan tiada tuntutan BSHPH dibuat oleh mereka. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×