PUTRAJAYA 18 Jan. – Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai penyelia, pengelola, dan pihak bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya tidak terkesan dengan kekosongan jawatan ahli-ahlinya. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, keyakinan itu adalah berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini. “Sebenarnya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Jadual Kesebelas, Perkara 33(C) iaitu apa-apa badan atau suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah undang-undang adalah tidak terkesan daripada apa-apa…










