MANCHESTER 1 Jan. – Polis Britain mengendalikan kejadian menikam tiga orang di Stesen Kereta Api Manchester pada ambang tahun baharu sebagai penyiasatan pengganas hari ini.
Ketua Konstabelnya, Ian Hopkins berkata, pasukan anti-keganasan telah menangkap seorang lelaki yang kini berada dibawah tahanan polis disamping mencari alamat tempat tinggalnya di barat laut Bandar English.
“Kami mengendalikan sebagai penyiasatan pengganas yang diketuai pegawai anti-keganasan dengan sokongan polis dari Greater Manchester.
“Mereka bekerja sepanjang malam bagi mendapatkan semua maklumat kejadian dan identiti lelaki yang ditahan,” katanya.
Terdahulu, suspek menyerang tiga orang termasuk seorang pegawai polis sekitar pukul 8.50 malam waktu tempatan ketika orang ramai menikmati sambutan ambang tahun baharu.
Seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 50an masih dirawat di hospital berikutan mengalami kecederaan kritikal manakala pegawai polis itu ditikam di bahu. – AFP










