Penyelam berenang dengan jerung Great White di Hawaii - Utusan Malaysia

Penyelam berenang dengan jerung Great White di Hawaii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONOLULU 18 Jan. – Beberapa penyelam berpeluang mendekati dan menyentuh jerung betina spesies ‘Great White’ kira-kira enam meter dengan anggaran berat 2.5 tan metrik di perairan Hawaii, Selasa lalu.

BBC melaporkan, jerung betina yang dipercayai pernah ditanda oleh penyelidik kira-kira 20 tahun lalu tertarik ke kawasan luar pantai selatan Oahu disebabkan bangkai paus sperma.

Jerung putih jarang dilihat di sekitar Hawaii kerana haiwan tersebut lebih menyukai lautan sejuk. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×