Peniaga nasihat pelanggan merokok dalam premis - Utusan Malaysia

Peniaga nasihat pelanggan merokok dalam premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Jan. – Beberapa peniaga di sini menyambut baik larangan merokok dalm restoran dan premis makanan yang berkuat kuasa hari ini.

Malah ada di antara peniaga terbabit mengambil langkah proaktif menasihati pelanggan yang merokok dalam premis mereka biarpun menyedari langkah itu mungkin akan menyebabkan perokok akan menjauhi kedai tersebut.

Seorang pemilik warung, Rogayah Mohd Noor berkata, meskipun dengan penguatkuasaan peraturan baharu ini mungkin akan menjejaskan perniagaannya.

Beliau berkata, peraturan tersebut amat baik bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan sihat khususnya untuk kanak-kanak serta bayi.

“Dalam masyarakat kita, merokok seakan satu budaya kerana di mana-mana sahaja kelihatan orang merokok terutama di kedai makan seperti saya.

“Pagi tadi juga ada yang merokok, saya mengingatkan mereka tentang penguatkuasaan baharu ini dan mereka akur pada arahan itu, saya percaya lama-kelamaan peraturan ini akan mewujudkan suasana baharu,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Sementara itu, pembantu Restoran Ij Selera Kampung Raja Nurul Hidayah Raja Hasan berkata, dia bimbang jika ada pelanggan yang tidak mengendahkan larangan itu.

Katanya, tindakan pelanggan seperti itu akan menyebabkannya didenda oleh pihak berkuasa.

“Saya bimbang didenda oleh pihak berkuasa disebabkan ada pelanggan yang tidak mengendahkan larangan itu meski pun kami telah meletakkan papan tanda larangan.

“Saya sokong peraturan ini kerana ianya juga memberi keselesaan kepada pelanggan kami tetapi saya rasa tidak adil untuk kami jika didenda kerana ada pelanggan yang berkeras hati mengingkari peraturan ketika makan di sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN