Pengawal keselamatan curi empat tayar kereta dijel  - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan curi empat tayar kereta dijel 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri empat buah tayar kereta milik jururawat lelaki minggu lalu. 

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Chairul Anam Iksan, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri bahagian komponen kereta iaitu empat buah tayar kereta milik seorang jururawat, Mohd Helmie Ayub, 36, yang bernilai RM3,500. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Segambut, Sri Hartamas di sini antara pukul 11.45 malam 8 Januari dan pukul 7.30 pagi , 9 Januari lalu. 

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan mengikut Seksyen 379A(1) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN