JOHOR BAHRU 8 Jan. – Kerajaan negeri disaran memikirkan semula cadangan menubuhkan Universiti Johor kerana sukar dilaksanakan dan membebankan sekali gus akan beroperasi dalam persekitaran yang mencabar. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan Pusat juga tidak akan membiayai penubuhan universiti baharu kerana kekangan kewangan dan unjuran perbelanjaan yang sangat besar. Selain itu, menurutnya, Johor sudah menjadi penempatan pelbagai institusi pendidikan tinggi bukan sahaja antara yang terbaik…










