KUALA TERENGGANU 18 Jan. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas menyokong penuh pendirian tegas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak membenarkan atlet Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan. Abdul Hadi seterusnya menyifatkan pendirian kerajaan dalam isu itu sangat tepat dan selaras dengan dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel…









