BUKIT MERTAJAM 17 Jan – Seluruh negeri ini bakal diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh lima tahun menerusi program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama menjalankan kajian dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan perancangan itu berjaya dilaksanakan. “Langkah ini adalah inisiatif kerajaan negeri dalam melindungi rakyat daripada bahaya asap…










