Operasi prasekolah SK Sualok bersambung semula selepas banjir - Utusan Malaysia

Operasi prasekolah SK Sualok bersambung semula selepas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 21 Jan. – Operasi pra sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok di Beluran, kira-kira 120 kilometer dari sini, bersambung semula hari ini selepas ditutup sejak 16 Jan lepas akibat banjir.


Pengarah Pendidikan Sabah Mistirine Radin berkata sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan semula pada 18 Jan lepas, namun pra sekolah terus ditutup kerana sekolah masih dinaiki air, tetapi semakin surut.


Menurutnya, sekolah itu mempunyai 197 murid dan 14 guru.


Sesi PdP di SK Pamol, yang terpaksa dijalankan di dewan sekolah sejak 16 Jan lepas, beroperasi seperti biasa hari ini, katanya dalam satu kenyataan.


Beberapa bilik darjah di sekolah itu digunakan sebagai pusat pemindahan sementara mangsa banjir, yang ditutup pada 18 Jan lepas apabila keadaan banjir di kawasan berkenaan surut. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN