KUALA LUMPUR 28 Jan. – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) baru-baru ini menganjurkan majlis pelancaran Program Kebun Komuniti dan Pertandingan ‘Edible Garden 2018’ bagi mendidik masyarakat bercucuk tanam di sekitar komuniti.
Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad memberitahu, inisiatif itu juga dapat meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat terutama di kawasan bandar.
“Pertandingan ‘Edible Garden 2018’ yang berkonsepkan taman tanaman pelbagai jenis pokok herba, sayur-sayuran serta buah-buahan juga boleh penghias landskap yang menarik.
“Sebanyak tiga kategori yang telah dipertandingkan iaitu kebun komuniti terbaik di antara jawatan kuasa penduduk (JKP) zon, Plot Kebun Komuniti 2018 Terbaik di setiap JKP zon dan Penyelenggaraan Kebun Komuniti terbaik 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE










