KUALA LUMPUR 18 Jan. – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menafikan dakwaan sebuah blog bahawa institut itu membuat kesimpulan kemalangan melibatkan penunggang motosikal akan menurun jika had laju yang lebih rendah dikenakan. Menurut Miros, blog itu telah memetik maklumat dalam kertas jurnal tahun 1999 bertajuk Fatal Injuries in Malaysian Motorcyclists ditulis oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bagaimanapun tiada dinyatakan…









