Dahi Muhammad Aswad Asri yang berkerut jelas menunjukkan dirinya gundah gulana. Mana tidaknya, kasut berjenama Vans yang dipakainya telah termasuk ke dalam lopak air berkeladak di bahu Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Kasut yang baru dibelinya empat hari lalu itu tidak lagi kelihatan cantik. Kasutnya tidaklah mahal, namun warna asal kasut itu yang putih kini sudah tidak menawan hatinya. Tambahan pula Muhammad Aswad adalah seorang pembersih dan tidak boleh…










