Malaysia tangguh penggunaan Euro 4 - Utusan Malaysia

Malaysia tangguh penggunaan Euro 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Kerajaan bersetuju untuk menangguh penggunaan minyak petrol dan diesel berkualiti tinggi mengikut standard bahan bakar Eropah atau Euro 4 ke satu masa yang akan ditetapkan kelak.

Mengikut ketetapan kerajaan terdahulu, Malaysia perlu mengguna pakai petrol Euro 4 pada Disember tahun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution menjelaskan, perkara berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan Kabinet dan mendapat lampu hijau untuk ditunda penggunaannya.

“Kita telah mengadakan perbincangan kembali dengan syarikat-syarikat minyak untuk kita melanjutkan tempoh penggunaannya di Malaysia pada satu tempoh masa yang akan kita tetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×