LAZIMNYA, kaki pancing akan berdepan dilema untuk melunaskan obsesi mereka. Manakan tidak, kebanyakan mereka sudah berkeluarga manakala aktiviti memancing pula pastinya tidak menjadi pilihan kebanyakan isteri. Memahami dilema tersebut, Rockbund Fishing Chalet (Rockbund) menawarkan pengalaman melancong yang sempurna buat para kaki pancing yang sudah berkeluarga. Terletak di pinggir pulau buatan manusia, Marina Island Pangkor (Marina Island), di Lumut, Perak, Rockbund menyediakan 21 kabin kontena yang sengaja disusun berdekatan laut agar…










