Liga M guna kepakaran pengadil EPL - Utusan Malaysia

Liga M guna kepakaran pengadil EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pegawai Perlawanan Profesional Terhad (PGMOL) iaitu badan pengadil bebas Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi rujukan utama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam melahirkan pengadil profesional untuk mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga M) menjelang 2020.

Ketua pegawai eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata bagi merealisasikan perkara tersebut, FAM dan MFL telah pun menubuhkan Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM) di mana pengadil sepenuh masa akan dilahirkan pada Julai ini dengan mutu pengadilan mereka diadili bermulanya Liga M 2019 bermula pada Jumaat ini.

“PMOM ditubuhkan hasil modul daripada PGMOL di mana MFL akan mewujudkan program yang secukupnya untuk melahirkan pengadil profesional. Modul yang dimaksudkan adalah pembangunan akar umbi, proses pelantikan pengadil dibuat, selok-belok badan bebas pengadil beroperasi dan sebagainya.

“Kami perlu membuat penilaian dengan lebih teliti di mana kami akan menilai pengadil dalam Liga M dan mereka yang layak sahaja akan ditawarkan kontrak untuk bergelar pengadil sepenuh masa pada Julai ini.

“Kami akan mengadakan program yang secukupnya bagi memastikan mutu pengadilan terpelihara,” katanya kepada pemberita dalam sidang media menerusi persidangan video dari London di Wisma FAM hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×