MANILA – Lelaki terkaya di Filipina, Henry Sy yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$19 bilion (RM78 bilion) meninggal dunia semalam pada usia 94 tahun, kata konglomeratnya. Sy yang berasal dari bandar Xiamen, China papa kedana ketika tiba di Filipina sebelum membina empayar perniagaan terbesar di negara itu. Mendiang membangunkan konglomerat pusat beli-belah dengan membina beberapa pasar raya terbesar di seluruh dunia. Empayar perniagaannya turut meliputi pegangan dalam sektor perbankan, hotel…










