KUALA LUMPUR 18 Jan. – Segmen hiburan yang diwujudkan sebagai satu lagi content dalam portal berita, Utusan Online yang masuk tahun kedua, Busking Bersama Buskers sentiasa cuba menyajikan variasi persembahan dan hiburan di pentas Panggung Utusan, Chan Sow Lin, di sini.
Busking Bersama Buskers yang menjadi platform untuk para pemuzik jalanan termasuk kumpulan yang menggunakan pendekatan busking mempertontonkan bakat mereka dalam bidang seni, diadakan dua minggu sekali, petang Jumaat.
Petang ini kembali bersiaran secara live di Facebook Utusan Online, segmen Busking Bersama Buskers yang dihoskan oleh Apak akan dijayakan oleh trio yang menggelar diri mereka sebagai Legal Conference.
Dibarisi oleh Danie, Sham dan Amin, Legal Conference Acoustic telah menyediakan 10 buah lagu untuk dipersembahkan dalam Busking Bersama Buskers. – UTUSAN ONLINE










