SEKARANG adalah zaman kebebasan bersuara. Ada pandangan menyatakan bahawa undang-undang tertentu wajar dihapuskan kerana undang-undang ini bertentangan dengan kebebasan bersuara. Contohnya undang-undang digunakan terhadap mereka yang dianggap membuat kenyataan menghina raja. Adakah syariah Islam menyokong pandangan sebegini? Dalam Islam, penghinaan, kutukan dan cacian adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Perbuatan menghina, mengutuk dan mencaci tidak seharusnya dilakukan sama sekali. Sebagai contoh, nas al-Quran tidak membenarkan menghina dan mencaci mana-mana sembahan selain…










