RENNES, Perancis 1 Jan. – Keriangan lapan warga Perancis bermain salah satu permainan di pesta ria menjelang tahun baharu bertukar tragedi apabila tersangkut sekitar sembilan jam di atas udara semalam. Salah seorang mangsa, Antoine, 23, berkata, waktu mereka tersangkut itu dirasai begitu lama, sejuk dan menakutkan. “Saya tidak menyangka dapat keluar dengan selamat, ianya begitu traumatik,” katanya. Antoine, lima remaja dan dua lagi orang dewasa menaiki permainan dikenali sebagai ‘BomberMaxxx’…










