Kongo sekat internet buat hari kedua - Utusan Malaysia

Kongo sekat internet buat hari kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINSHASA, Kongo 1 Jan. – Kerajaan Republik Demokratik Kongo menyekat hubungan internet dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang memasuki hari kedua bagi memastikan keamanan negara.

Kedua belah pihak iaitu pembangkang dan pakatan pemerintah memberitahu bahawa mereka dalam laluan untuk menang selepas pilihan raya yang bergolak dengan ramai tidak dapat mengundi berikutan penularan wabak Ebola dan masalah logistik.

Penasihat Kanan kepada Presiden, Barnabe Kikaya berkata, penyekatan tersebut dibuat bagi mengekalkan ketenteraman awam selepas ‘keputusan-keputusan fiksyen’ tersebar di media sosial.

“Perkara ini boleh membawa kepada huru-hara,” katanya.

Kongo tidak pernah menyaksikan pertukaran kuasa secara demokratik dan sebarang pertelagahan boleh mmebawa kepada keganasan seperti yang berlaku pada pilihan raya 2006 dan 2011.

Tambahnya, penyekatan itu akan kekal sehingga keputusan penuh pilihan raya pada 6 Januari nanti. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN