Kit Siang dicadang pohon jawatan Menteri Hal Ehwal Najib - Utusan Malaysia

Kit Siang dicadang pohon jawatan Menteri Hal Ehwal Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis mencadangkan supaya veteran DAP, Lim Kit Siang untuk memohon jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Najib.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ahli Parlimen Iskandar Puteri tersebut dilihat terlalu obses apabila sekurang-kurangnya sekali sehari membuat kenyataan berunsur serangan ke atas beliau menerusi akaun Facebook miliknya.

“Nampaknya, uncle ini masih tidak dapat mengawal obsesi dia terhadap saya. Saya rasa ianya lebih baik jika Kit Siang terus minta untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Najib.

“Bolehlah dapat kereta rasmi, gaji dan elaun Menteri. Malu apa?,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya semalam.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, dalam kenyataan terbaharunya, Kit Siang menyeru anak-anak Felda supaya mencontohi chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang mengugut untuk menamparnya semalam.

“Setiap hari, Lim Kit Siang akan mengeluarkan sekurang-kurangnya satu kenyataan untuk menyerang saya.

“Dalam kenyataan terbaru beliau pagi ini, Kit Siang menyeru anak-anak FELDA untuk mencontohi Chef yang ugut nak tampar saya semalam (kelmarin) dan dijadikan sebagai idola mereka,”katanya.

Kelmarin, Chef Wan yang berkempen di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, Cameron Highlands menyatakan rasa kecewanya kepada BN khususnya Najib kerana memberi imbuhan kepada peneroka Felda yang dianggapnya sebagai rasuah.

Beliau juga dilaporkan rasa ingin menampar Najib kerana disifatkan kurang ajar susulan tindakannya sebelum ini.

Bagaimanapun Chef Wan, tampil membuat permohonan terbuka melalui laman sosial Instagramnya selepas mendapat kritikan pedas daripada natizen sehingga ada gerakan untuk memboikot chef tersebut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN