Ketua Hakim Nigeria didakwa tidak isytihar harta - Utusan Malaysia

Ketua Hakim Nigeria didakwa tidak isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA 12 Jan. – Ketua Hakim Nigeria bakal didakwa setelah gagal membuat pengisytiharan aset-aset hari ini.

Jurucakap Tribunal Kod Perlakuan, Ibraheem Al-Hassan berkata, Ketua Hakim, Walter Samuel Nkanu Onnoghen akan tampil dihadapan tiga panel hakim di sini pada Isnin hadapan.

Menurut PR Nigeria, perkara itu melibatkan beberapa akaun bank dalam dolar Amerika Syarikat, euro dan pound.

Mengikut undang-undang Nigeria, pegawai awam tertakluk untuk mengistiharkan aset mereka dan tidak dibenarkan mempunyai akaun bank dalam mata wang asing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×