KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ketegasan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan perwakilan menjadikan isu pemberian kontrak dan jawatan sebagai tajuk perbahasan nampaknya tidak disenangi ketua-ketua bahagian parti tersebut. Menerusi laporan Malaysia Kini, beberapa ketua-ketua bahagian dikatakan berang dan sedang membincangkan usaha untuk menyingkirkan Syed Saddiq. Portal tersebut melaporkan, mesej perbualan dalam media sosial antara ketua-ketua bahagian Bersatu menunjukkan mereka geram dengan kelantangan…










