BEGITU menarik sekali penghujahan yang dibuat oleh Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan ketika beliau diaju beberapa soalan oleh ahli Parlimen (AP) mengenai status hubungan republik itu dengan Malaysia terutama sekali yang berkait dengan had sempadan pentadbiran pelabuhan Johor Bahru. Tidak syak lagi apa sahaja perkara berkaitan Malaysia, ia sentiasa mendapat perhatian dan sesi soal jawab Parlimen Singapura, Isnin lalu adalah manifestasi kepada kebenaran andaian tersebut. Soalan daripada AP Vikram…










