BANGKOK 5 Jan. – Insiden keganasan yang berlaku di wilayah selatan Thailand boleh diselesaikan menerusi rundingan damai sebelum Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengundurkan diri dalam tempoh 17 bulan lagi. Keyakinan itu disuarakan oleh ketua rundingan damai, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang dilantik oleh Dr. Mahathir pada Ogos lalu sebagai fasilitator rundingan damai antara kerajaan Thailand dengan kumpulan pemisah Mara Patani, badan yang menaungi kumpulan pemisah. Bangkok Post…










