Karnival usahawan tidak guna aset, dana kerajaan - Utusan Malaysia

Karnival usahawan tidak guna aset, dana kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 19 Jan.- Penganjuran Karnival Usahawan Asas Tani (IAT) peringkat negeri yang diadakan di Felda Sungai Koyan 1 di Lipis hari ini tidak melibatkan aset dan dana kerajaan Pusat.

NAZRI NGAH
NAZRI

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Seri Nazri Ngah berkata, sebaliknya, karnival tersebut merupakan penganjuran kerajaan negeri Pahang bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan penduduk.

Malah beliau berkata, tarikh penganjuran karnival tersebut adalah kebetulan dan telah dirancang sejak dahulu lagi sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Program IAT merupakan penganjuran kerajaan negeri.Tidak libatkan kerajaan Pusat dan kita juga tidak guna dana Barisan Nasional (BN).

“Tambahan pula kita telah lama rancang dalam takwim kita. Tak kan kita nak pindah buat di Jerantut pula? Siapa yang nak datang,? katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Karnival IAT di Sungai Koyan di sini hari ini.

Beliau menjawab tuduhan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Fuziah Salleh yang mendakwa Kerajaan negeri Pahang menggunakan jentera kerajaan bagi tujuan berkempen untuk PRK Cameron Highlands menerusi penganjuran karnival tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×