Kamal Adli simpati nasib Emma Maembong  - Utusan Malaysia

Kamal Adli simpati nasib Emma Maembong 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas kekasih kepada Emma Maembong, pelakon Kamal Adli bersimpati dengan ujian yang sedang menimpa aktres itu.

Ibarat tidak mahu menabur garam ke atas luka, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 33, enggan mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar Emma yang tidak bertudung, namun mendoakan Emma untuk sentiasa kuat.

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu komen apa-apa. Cukup-cukuplah memberi tekanan kepada Emma. Kasihan kepada dia,” katanya melalui pesanan ringkas aplikasi WhatsApp kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, pelakon drama Jika Masih Ada Rindu itu telah meninggalkan komen pada entri permohonan maaf terbuka Emma di laman Instagram peribadinya.

Dalam komen berkenaan, Kamal berpesan kepada Emma untuk bertabah dan mendekatkan diri kepada Allah.

“Stay strong (Terus bertabah) ya. Allah kan ada,” katanya memetik komen yang ditinggalkan pada Instagram @emma_maembongofficial.

Kelmarin, merupakan hari malang dalam sejarah kerjaya Emma apabila deretan gambar panas dirinya yang tidak bertudung bertebaran dalam laman sosial.

Bukan sahaja tidak bertudung, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, dikecam gara-gara merakamkan gambar berpelukan dengan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30, yang merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Pasangan yang belum membuat sebarang pengesahan tentang status hubungan mereka telah memuat naik permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram masing-masing kelmarin. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×