KOTA BHARU 29 Jan. – Kejataman penyudah Raul Tarragona menjadi taruhan The Red Warriors (TRW) untuk merobek kubu lawan dalam saingan Liga Perdana 2019. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, beliau percaya kehadiran pemain kelahiran Uruguay itu mampu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan yang dihadapi TRW pada musim lalu. “Saya amat berharap Tarragona mampu membentuk gandingan ampuh bersama barisan pemain yang ada seperti Mustafa…










