KUALA LUMPUR 8 Jan. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa pentadbiran sebelum ini tidak pernah dimaklumkan mengenai dakwaan kononnya China telah menawarkan bantuan untuk menyelamatkan (bail out) dana pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Explosive allegations that need to be investigated thoroughly. As a former Cabinet member I can categorically state that Cabinet was never informed that the China deals were linked to bailing out 1MDB. If there is evidence of that happening, it was without Cabinet approval. https://t.co/3bBSekQaFi
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 8, 2019
Justeru, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, dakwaan yang bersifat melampau itu perlu disiasat secara menyeluruh.
“Sebagai bekas ahli Kabinet, saya boleh menyatakan secara jelas bahawa Kabinet tidak pernah dimaklumkan mengenai perjanjian China dikaitkan dengan usaha menyelamatkan 1MDB.
“Sekiranya terdapat bukti perkara itu berlaku, ia adalah tanpa kelulusan Kabinet,” katanya menerusi laman Twitter milik beliau, hari ini.
Hari ini, Wall Street Journal (WSJ) dalam artikel bertajuk ‘China Offered to Bail Out Troubled Malaysian Fund in Return for Deals’ melaporkan beberapa pemimpin kanan China telah menawarkan bantuan untuk menyelamatkan dana pelaburan 1MDB pada tahun 2016, berdasarkan beberapa minit mesyuarat yang dikajinya. – UTUSAN ONLINE










