KUALA LUMPUR 19 Jan. – Harapan perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei untuk melunaskan dendam terhadap bekas juara dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon tidak kesampaian selepas dia terkandas di separuh akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 500 Malaysia Masters, hari ini.
GOH JIN WEI
Dalam aksi di Axiata Arena, di sini itu menyaksikan Jin Wei terpaksa akur sekali lagi kepada pemain wanita No.1 Thailand itu 16-21, 16-21.
Kekalahan itu merupakan yang kedua buat Jin Wei di pentas kejohanan sama kepada Ratchanok selepas kali terakhir tewas, tahun lalu.- UTUSAN ONLINE










