Isteri minta cerai, lelaki tikam mertua, anak perempuan - Utusan Malaysia

Isteri minta cerai, lelaki tikam mertua, anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 18 Jan. – Gara-gara berang apabila isterinya meminta cerai seorang lelaki bertindak kejam menikam ibu bapa mentuanya sehingga mati.

KANAK-KANAK perempuan berusia dua tahun cedera di kaki setelah ditikam bapanya. -AGENSI

Mirror melaporkan, suspek, Aleksey Dogadov, 39, turut menikam kaki anak perempuannya yang berusia dua tahun dalam kejadian di dirumahnya di Nizhny Novgorod, barat Rusia.

Menurut jurucakap polis, lelaki itu mengaku melakukan serangan tersebut selepas isterinya, Svetlana Serova meminta cerai.

Svetlana dipercayai meminta cerai selepas hilang sabar dengan sikap suaminya yang kaki botol dan mabuk pada waktu siang.

Suspek yang berang dengan permintaan isterinya itu telah mencapai empat bilah pisau sebelum mengejar wanita berkenaan.

Lelaki itu yang kemudian menikam dua kali pada bahagian leher ibu mentuanya selepas ternampak wanita itu bersama anaknya di halaman rumah.

Apabila melihat anaknya yang histeria dengan kejadian tersebut, dia bertindak menikam kaki kanak-kanak perempuan tersebut sebelum menikam dada dan perut bapa mentuanya yang datang kemudian, -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN