TEBING BARAT 18 Jan. – Tentera Israel merobohkan rumah seorang rakyat Palestin hari ini yang didakwa menikam mati seorang warganya sebelum ini.
Menurut saksi, rumah Khalil Jabareen di Yata telah didatangi tentera Israel untuk merobohkannya dan mereka disambut dengan lontaran batu oleh penduduk.
Polisi Israel bagi merobohkan rumah penduduk Palestin yang didakwa melakukan serangan maut terhadap warga Israel sebagai tindakan pencegahan. – AFP










