Intel, Facebook hasilkan cip kecerdasan buatan - Utusan Malaysia

Intel, Facebook hasilkan cip kecerdasan buatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO 8 Jan. – Intel Corp. bekerjasama dengan Facebook Inc. untuk menyelesaikan penghasilan cip kecerdasan buatan (AI) baharu pada separuh kedua tahun ini.

Cip AI berkenaan adalah langkah pertama Intel untuk mengekalkan pegangan di dalam segmen yang berkembang pesat berdepan persaingan cip yang sama daripada Nvidia Corp. dan unit Amazon Web Services oleh Amazon.com.

Ketua Pusat Data Intel, Navin Shenoy berkata, cip baharu itu akan membantu inferens yang merupakan proses mengambil algoritma AI dan penggunaannya, contoh dengan tag rakan-rakan dalam gambar secara automatik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, prosesor Intel pada masa ini menguasai pasaran bagi mesin pembelajaran inferens yang mana penganalisis Morningstar percaya akan bernilai AS$11.8 bilion (RM48.53 bilion) pada 2021.

“Pada September, Nvidia melancarkan cip inferens untuk bersaing dengan Intel,” katanya sempena Pameran Pengguna Elektronik (CES) 2019 di sini hari ini.

Pada November lalu, Amazon turut menghasilkan cip inferens yang bagaimanapun bukan satu ancaman secara terus kepada Intel dan Nvidia kerana syarikat itu tidak akan menjual cip. Ini kerana, Amazon akan menjual perkhidmatan kepada pelanggan awan mulai tahun depan.

Dalam pada itu, Shenoy berkata, Dell Technologies Inc. akan bekerjasama dengan Intel di dalam penghasilan prosesor bagi selari model komputer riba, XPS. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini