Ibu OKU dianugerah bayi tahun baharu - Utusan Malaysia

Ibu OKU dianugerah bayi tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Jan. – Kedatangan tahun baharu kali ini cukup bermakna untuk seorang ibu muda yang juga orang kurang upaya (OKU) apabila dikurniakan seorang cahaya mata sulung, pagi tadi.

Kegembiraan jelas terpencar pada wajah Nur Farhana Ahmad Nadzramin, 20, yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan apabila menimang seorang bayi lelaki pada pukul 8.13 pagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Dia dan suami, Muhammad Waqas Khan, 25, berkahwin pada 11 Mac 2018 dan bayi ini adalah anugerah yang terindah dalam hidupnya dan amat dinanti-nantikan.

“Saya sangat ‘happy’ dengan keluarga kecil saya ini,” tulisnya dalam sehelai kertas kepada wartawan ketika ditemubual di HSA, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN