Honor Malaysia baru-baru ini meneruskan lagi misinya menghasilkan jenama telefon pintar yang berkualiti dengan harga mampu milik iaitu hanya RM749 di pasaran tempatan. Peranti itu hadir dengan rekaan yang tampak esklusif dan menawan dengan ciri-ciri menarik yang dipertingkatkan. Menyedari aliran semasa bagi penggemar swafoto, peranti itu turut dilengkapi kamera beresolusi 24MP dengan sokongan 3D Portrait Lighting yang kedua-duanya dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI). Ketuanya, Zhao Zhiwei berkata, rekaan bergaya…










