SEKUMPULAN pendaki dari Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) berjaya menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp (ABC) dalam satu ekspedisi yang diadakan pada September tahun lalu. Ekspedisi yang memakan masa 13 hari itu bermula pada 7 September dan berakhir pada 19 September 2018. Pendakian melalui Ponn Hill diiringi pemandu arah dari White Himalaya Treks Pvt. Ltd., Sona Sherpa (Ganesh) dan dibantu Angelu Sherpa. Bermula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kathmandu,…










