MERIAH. Seramai 33 peserta dari Taman Serdang Jaya di Seri Kembangan, Selangor menyertai Ekspedisi Kayuhan Amal sejauh 160 kilometer pergi dan balik ke Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Tujuan ekspedisi diadakan adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil beriadah di samping merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk taman selain menikmati pandangan indah sepanjang perjalanan.
Peserta yang menyertai program tersebut terdiri daripada yang berumur 12 hingga 74 tahun dan kesemuanya telah berjaya menamatkan kayuhan dengan jayanya.










