Dua nelayan dakwa dirompak di perairan bertindih - Utusan Malaysia

Dua nelayan dakwa dirompak di perairan bertindih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 1 Jan. – Dua nelayan tempatan mendakwa telah dirompak di kawasan perairan bertindih Malaysia-Indonesia iaitu Laut Hand Rock dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata nelayan dua beradik masing-masing berumur 31 dan 35 tahun dari Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum, Semporna itu keluar memancing pada Sabtu lalu.

“Ketika kejadian mangsa telah melihat sebuah bot dinaiki empat orang lelaki yang tidak dikenali menuju ke arah bot mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata seorang daripada suspek telah mengacukan senjata api kepada mangsa dan mengarahkan mereka supaya pergi ke bahagian hadapan bot bagi membolehkan dua lagi suspek naik ke atas bot mangsa.

Beliau berkata dua suspek itu telah merampas telefon bimbit dan hasil tangkapan laut nelayan berkenaan sebelum beredar menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia. — BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×