PUTRAJAYA 19 Jan. – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Austria bermula esok. Dalam kenyataannya hari ini, Wisma Putra berkata pada lawatan itu, perdana menteri yang akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, berpeluang mengetengahkan agenda pembaharuan Malaysia serta pengalaman negara dalam memerangi rasuah kepada masyarakat antarabangsa. Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir dijadual menyampaikan syarahan di International Anti-Corruption Academy pada…










